Mourinho (kiri) bersama Kompany di studio. FOTO Twitter
Mourinho (kiri) bersama Kompany di studio. FOTO Twitter
Esme Jo

BEKAS pengurus Manchester United Jose Mourinho menikmati detik bicara ‘memperli’ bekas kapten Manchester City, Vincent Kompany ketika berada dalam studio Sky Sports.

Ketika membuat liputan Liverpool menang 3-1 ke atas City di Anfield, awal pagi tadi, Mourinho menghuraikan saingan perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Malah, dia sempat memberi peringatan kepada Kompany mengenai kekurangan kelab itu terhadap trofi Liga Juara-Juara (UCL) dan ia adalah trofi begitu terdesak untuk dimenangi mereka.

Sebelum ini pengurus dari Portugal itu pernah memberitahu dua kelab itu memiliki jurang dalam saingan liga tetapi sekarang ia tidak lagi kerana Liverpool lebih dominan.

Mourinho dengan tenang mengatakan City adalah juara EPL manakala Liverpool adalah juara Eropah.

“Pasukan anda sebelum ini adalah terbaik, mereka bukan pasukan terbaik. Mereka hampir berada di situ (juara EPL).

“Buat masa ini saya tidak nampak perbezaan dari segi kekuatan terutamanya status. Anda (City) juara England dan mereka (Liverpool) juara Eropah.

“Mereka tahu cara untuk menang dan tahu cara menangani tekanan. Bagi saya, perlawanan hari ini (semalam) sangat penting kerana jarak tiga mata, enam mata, ya terbuka dan sangat terbuka tetapi jika sembilan mata, bagi saya, ‘selamat tinggal’,” katanya.

Apapun mengenainya, peminat LFC sudah tentu menikmati detik diperkatakan oleh The Special One itu yang viral di media sosial hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 November 2019 @ 6:09 PM