Dean rai kemenangan Tranmere dengan gaya tersendiri. FOTO REUTERS
Dean rai kemenangan Tranmere dengan gaya tersendiri. FOTO REUTERS
Twitter/Esme Jo

PENGADIL perlawanan paling tidak digemari dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Mike Dean membuktikan dirinya sama seperti peminat kelab bolasepak yang lain.

Hakikat itu dapat dilihat apabila dia mengangkat tangannya dengan gaya ‘ummmph’ kerana terlalu gembira ketika meraikan kemenangan Tranmere Rovers pada aksi separuh akhir kedua playoff League Two mengatasi Forest Green Rovers di The New Lawn, Nailsworth, malam tadi.

Biarpun Dean sering tidak bertolak-ansur dengan pemain di padang namun dia tidak mengawal dirinya sebaik pengadil meniup wisel penamat.

Dia berada di tempat duduk penonton, menjerit meraikan kejayaan bersama penyokong Tranmere yang turut melonjak kegembiraan berikutan kemenangan kelab mereka layak ke final di Wembley.

Tranmere seri 1-1 pada perlawanan itu tetapi mara dengan agregat 2-1 selepas menang 1-0 pada perlawanan pertama.

Aksi pengadil berusia 50 tahun itu, berasal dari Wirrall itu dirakam lensa kamera Sky Sports sewaktu aksi babak kedua.

Bagaimanapun, pengadil pertama mencatat rekod melayangkan 100 kad merah dalam EPL tidak dapat menyembunyikan sokongan terhadap pasukan kesayangannya yang tular di media sosial.

“Mike sayang kelab Tranmere,” komen pengurus Tranmere, Micky Mellon mengenai gelagat peminat selebriti mereka itu.

“Dia sering datang melawat kami dan saya terharu dengan sokongan diberikannya.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mei 2019 @ 2:25 PM