DWIGHT Ritchie.
DWIGHT Ritchie.
AFP

KOMUNITI tinju Australia dikejutkan hari ini selepas peninju middleweight Dwight Ritchie,27, rebah dan meninggal dunia dilaporkan ketika melakukan latihan sparring.

Dilaporkan peninju berkenaan melakukan latihan sparring di Melbourne bersama Michael Zerefa, yang membuat persiapan untuk pertarungan semula dengan Jeff Horn, bekas juara welterweight WBO.

Protomer Ritchie Jake Ellis mengesahkan berita itu di Facebook.

“Dengan rasa yang amat sedih dan terkejut, saya ingin mengumumkan bahawa ‘cowboy’ Dwight Ritchie meninggal dunia melakukan apa yang disukainya,” katanya.

“Sebagai promoter dan rakan Dwight, adalah sukar untuk menerima berita tragik yang baru saja berlaku.”

Richie, yang digelar "The Fighting Cowboy", memiliki rekod pertarungan 19-2.

Kali terakhir dia bertarung adalah pada Ogos, tewas kepada Tim Tszyu menerusi keputusan pengadil untuk merebut gelaran super welterweight IBF Australasia.

“Saya benar-benar sedih dengan pemergian Dwight Richie," Tszyu berkata di Instagram.

“Hanya peninju memahami ikatan di antara mereka, terutama yang pernah bertarung bersama-sama. Bersemadilah dengan aman, juara sejati.”

Kematian Ritchie berlaku kurang sebulan selepas peninju Amerika Syarikat Patrick Day meninggal dunia akibat kecederaan otak ketika tewas secara knockout kepada Charles Conwell di Chicago.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 November 2019 @ 12:32 PM