Aksi Rafael Nadal ketika saingan suku akhir Paris Masters. FOTO EPA
Aksi Rafael Nadal ketika saingan suku akhir Paris Masters. FOTO EPA
Agensi

RAFAEL Nadal menarik diri daripada kejohanan Paris Masters selepas mengalami kecederaan otot sekali gus memberi peluang kepada Denis Shapovalov untuk beraksi di final berdepan Novak Djokovic malam ini.

Nadal, yang kembali pada kedudukan nombor satu pada Isnin, sepatutnya berdepan pemain muda Kanada itu dalam saingan separuh akhir malam tadi.

Namun pihak Jelajah ATP mengesahkan pemain Sepanyol itu menarik diri kerana mengalami kecederaan otot ketika sesi pemanas badan.

Nadal berkata : “Dalam satu daripada servis pukulan terakhir pada sesi pemanas badan, saya berasa sesuatu di bahagian otot kaki.

“Sepanjang minggu ini semua perkara adalah positif. Saya sangat gembira beraksi di sini di Bercy.”

Ia bermakna Shapovalov akan bertanding dalam Masters final pertamanya, sementara Djokovic akan memburu kejuaraan Paris kelimanya malam ini.

Kedudukan Nadal sebagai pemain nombor satu dalam ranking dunia akan kekal sehingga hujung tahun ini jika dia memenangi kejohanan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 November 2019 @ 12:06 PM