Djokovic (kiri) perlu menjuarai pusingan akhir ATP untuk singkir Nadal selaku ranking nombor satu dunia. FOTO REUTERS
Djokovic (kiri) perlu menjuarai pusingan akhir ATP untuk singkir Nadal selaku ranking nombor satu dunia. FOTO REUTERS
Reuters

JIKA Novak Djokovic mahu meraih kedudukan ranking pertama pada penutup musim untuk menyamai rekod kali keenam dia perlu melakukannya dengan cara sukar pada pusingan akhir ATP di London, minggu depan.

Pemain Serbia itu tersingkir daripada kedudukan teratas kepada Rafael Nadal beberapa hari lalu biarpun memenangi Paris Masters, minggu lalu dan perlu menamatkan saingan bergelar juara di sebelah Sungai Thames itu untuk merampas semula kedudukan.

Hanya Pete Sampras saja berjaya menamatkan saingan di tempat teratas sebanyak enam kali dengan harapan Djokovic untuk mengikut jejak pemain Amerika Syarikat itu tidak menyebelahinya kerana Nadal mendahului dengan 640 mata menjelang saingan akhir musim itu.

Nadal, 33, berusaha untuk menjadi pemain tertua berada di ranking teratas ATP pada penghujung tahun dengan 200 mata dianugerahkan untuk kemenangan round-robin, 400 untuk separuh akhir dan 500 selaku juara yang menjadi satu laluan sukar buat Djokovic untuk menafikannya pemain Sepanyol itu.

Nadal sering bergelut di London dan menarik diri pada separuh akhir Paris Masters menentang Denis Shapovalov, minggu lalu akibat mengalami kesakitan pada bahagian perut dan jika dia menjuarainya, tiada siapa mampu mengejarnya.

Dia berhasrat untuk beraksi di London selepas diundi berada dalam kumpulan round-robin bersama juara pusingan akhir ATP 2018 Alexander Zverev serta beberapa pemain membuat penampilan sulung seperti Daniil Medvedev and Stefanos Tsitsipas.

Jika Nadal memenangi perlawanan round-robin, Djokovic masih perlu menang dua perlawanan peringkat kumpulan dan mara ke final untuk menyingkirkannya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 November 2019 @ 7:37 PM