Djokovic (kiri) dan Nadal masing-masing mara ke separuh akhir Paris Masters Final. FOTO Agensi
Djokovic (kiri) dan Nadal masing-masing mara ke separuh akhir Paris Masters Final. FOTO Agensi
AFP

PERSAINGAN hujung tahun untuk kedudukan pemain nombor satu dunia menghampiri Rafael Nadal dan Novak Djokovic, selepas kedua-dua jaguh tenis itu melepasi pusingan suku akhir Paris Masters final di Paris hari ini.

Nadal, 33 tahun, mungkin berada di kedudukan teratas ranking penghujung tahun ini mengatasi Djokovic dengan memenangi kejuaraan Bercy, menewaskan pemain wildcard dari Perancis, Jo-Wilfried Tsonga 7-6 (7/4), 6-1.

Nadal dalam usaha mengatasi rekod kejuaraan Masters ke-36 dan akan berdepan Denis Shapovalov dalam saingan separuh akhir hari ini selepas pemain muda Kanada itu mengetepikan cabaran Gael Monfils 6-2, 6-2.

Pemain Sepanyol itu melangkah ke peringkat separuh akhir buat pertama kali dalam kejohanan itu sejak 2013, selepas menarik diri akibat kecederaan sebelum aksi suku akhir ketika penampilan terakhir pada 2017.

“Saya terbabit dengan banyak kecederaan dalam kejohanan bersejarah ini,” kata Nadal. “Saya gembira untuk kembali dalam saingan separuh akhir.”

Terdahulu Djokovic menewaskan pemain pilihan ke tujuh Stefanos Tsitsipas 6-1, 6-2 dan akan berdepan Grigor Dimitrov yang mengetepikan cabaran pemain bukan pilihan dari Chile, Cristian Garin 6-2, 7-5.

Nadal ketika ini melepasi 73 Masters peringkat separuh akhir keseluruhan dan dua kemenangan daripada kejuaraan ATP ke-85 tetapi hanya ketiga dalam dewan.

Djokovic berkata dia beraksi antara perlawanan terbaiknya musim ini untuk menewaskan Tsitsipas. Pemain berusia 32 tahun itu mengalahkan lawan dari Greek dalam masa 58 minit.

Juara 16 kali Grand Slam beraksi sebelum perlawanan dengan rekod kekalahan 2-1 ke atas Tsitsipas, tetapi mengatasi pemain muda nombor tujuh dunia itu menerusi aksi cemerlang untuk menang.

“Saya beraksi antara perlawanan terbaik musim ini,” kata Djokovic. “Saya bersedia dengan sepenuhnya untuk perlawanan ini. Saya tewas kepada Stefanos kira-kira tiga minggu lalu di Shanghai.

“Saya mengkaji secara mendalam menerusi rakaman video dan memahami apa yang saya lakukan dengan baik, tidak baik dan memperbaiki dengan lebih baik.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 November 2019 @ 3:41 PM