TIGER melakukan 64 pukulan selama dua hari. FOTO/AFP
TIGER melakukan 64 pukulan selama dua hari. FOTO/AFP
AFP

TIGER Woods mengejutkan dirinya dengan melakukan 64 pukulan selama dua hari berturut-turut untuk mendahului dua pukulan berbanding Gary Woodland pada peringkat pertengahan Kejohanan Zozo di Jepun yang ditangguhkan akibat hujan.

“Saya terkejut dapat melakukan skor sebaik ini,” kata Woods yang tampil dalam kejohanan pertamanya selaps dua bulan selepas menjalani pembedahan lutut.

“Biasanya ia akan mengambil sedikit masa. Saya berjaya membuat pukulan iron lebih baik minggu ini setakat ini dan ia memang bagus.”

Juara kejohanan utama 15 kali itu beraksi cemerlang pada sembilan lubang terakhir dengan lima di bawah par 31 untuk menguasai lapangan Narashino Country Club yang ditutup kepada pengunjung akibat keadaan lecak akibat hujan lebat semalam.

“Saya membuat beberapa pukulan putt hari ini dan terus mengangkat tangan, sebelum menyedari tiada siapa pun yang bertepuk,” kata Woods.

Woods yang memburu gelaran Jelajah PGA ke-82, bangkit daripada bogey pada tiga lubang pertamanya untuk membuat 64 pukulan dengan sembilan birdie pada pusingan pertama Khamis lalu.

Dia bermain lebih baik pada Sabtu dan mencatat satu di bawah par selepas meningkatkan permainannya.

“Membuat pukulan lebih baik berbanding Khamis. Saya harap ia berterusan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Oktober 2019 @ 9:10 PM