SKUAD bowling wanita negara diketuai Shalin Zulkifli meraikan kemenangan pingat emas dalam acara bowling berpasukan wanita. -Foto DANIAL SAAD
SKUAD bowling wanita negara diketuai Shalin Zulkifli meraikan kemenangan pingat emas dalam acara bowling berpasukan wanita. -Foto DANIAL SAAD
Ajitpal Singh


SHALIN Zulkifli mempamerkan kewibawaannya sebagai pemain berpengalaman apabila mengetuai skuad wanita negara merangkul pingat emas acara bowling berpasukan wanita di Sunway Mega Lanes, Subang Jaya, hari ini.

Pasukan itu yang turut dibarisi Esther Cheah, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Natasha Roslan dan Sin Li Jane melakukan 6,264 jatuhan pin, lebih 61 pin daripada Singapura yang meraih perak.

Pasukan Filipina meraih gangsa dengan catatan 6,075 jatuhan pin.

Skuad lelaki negara pula gagal meraih emas acara berpasukan buat pertama kali sejak Sukan SEA Korat 2007 apabila menamatkan saingan di tangga keempat dengan mengumpul 6,239 jatuhan pin.

Singapura memenangi emas dengan catatan 6,399 jatuhan pin, diikuti Indonesia (6,280) dan Thailand (6,278).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Ogos 2017 @ 7:16 PM