Reuters

ROMELU Lukaku dan Lautaro Martinez masing-masing menjaringkan dua gol memastikan Inter Milan mempamer kebangkitan lewat untuk menewaskan Sassuolo 4-3 di Stadium Mapei, hari ini.

Martinez menjaringkan gol ketika perlawanan baru bermula dua minit sebelum Domenico Berardi menyamakan kedudukan tetapi Lukaku memberi Inter ruang untuk bernafas menerusi rembatan menarik dan sepakan penalti sebelum tamat separuh masa pertama.

Martinez melebarkan pendahuluan skuadnya 4-1 menerusi sepakan penalti selepas waktu rehat tetapi Sassuolo membalas semula menerusi serangan Filip Djuricic dan Jeremie Boga.

Pasukan kendalian Antonio Conte itu melalui aksi mendebarkan pada perlawanan itu ketika skuad tuan rumah terus memberi tekanan untuk menyamakan kedudukan.

Keputusan itu meletakkan Inter berada di tangga kedua Serie A dengan 21 mata, satu di belakang juara Juventus dan empat di depan Atalanta yang berada di tangga ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Oktober 2019 @ 9:13 PM
Lukaku (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan, Antonio Candreva. FOTO REUTERS
Lukaku (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan, Antonio Candreva. FOTO REUTERS