Dari kiri - Echevarria, Gayle (pingat emas) dan Henderson bergambar selepas menyertai acara lompat jauh. FOTO AFP
Dari kiri - Echevarria, Gayle (pingat emas) dan Henderson bergambar selepas menyertai acara lompat jauh. FOTO AFP
Reuters

TAJAY Gayle menjadi atlet lelaki pertama Jamaica yang memenangi kejuaraan dunia dalam acara padang sekali gus mengejutkan atlet pilihan dari Cuba, Juan Miguel Echevarria untuk merangkul emas acara lompat jauh di Kejohanan Olahraga Dunia, Doha, awal pagi ini.

Kejutan paling besar dilakukan atlet berusia 23 tahun itu selepas mempamerkan lompatan bertenaga dengan mencatat jarak 8.69 meter dalam percubaan keempatnya selain merekodkan catatan peribadi selain mengatasi catatan terbaik musim ini pencabar dari Cuba itu dengan 8.65m.

Juara Olimpik 2016, Jeff Henderson dari Amerika Syarikat menamatkan lompatan di tempat kedua dengan catatan 8.39m, lompatan jauh terbaik dihasilkan tahun ini.

AKSI  Hup Wei melepasi palang di Doha. - FOTO AFP
AKSI Hup Wei melepasi palang di Doha. - FOTO AFP

Henderson berkata dia hanya fokus kepada mempertahankan kejuaraan Sukan Olimpik pada musim panas di Tokyo tahun depan dan dia semakin merasai bahang saing sebenar menjelang kejohanan itu.

“Ini adalah suasana yang baik untuk berusaha lagi pada tahun depan,” katanya. “Kami mempamerkan kepada semua orang aksi yang hebat.”

Echevarria melakukan permulaan yang perlahan dan tidak dapat mempamerkan catatan peribadi terbaik pada 2019, memenangi gangsa dengan lompatan 8.34m pada percubaan ketiga.

“Saya tahu saya mampu melakukan lebih baik, tetapi saya gembira apabila berjaya menempatkan diri di atas podium dalam kejohanan antarabangsa ini,” kata atlet berusia 21 tahun itu.

Penyandang juara dunia dari Afrika Selatan, Luvo Manyonga menamatkan lompatan di kedudukan keempat dengan catatan 8.28m.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 September 2019 @ 9:12 AM