Abdul Latif Romly ... pingat emas lompat jauh  lelaki F20 (masalah pembelajaran).
Abdul Latif Romly ... pingat emas lompat jauh lelaki F20 (masalah pembelajaran).

Kuala Lumpur: Abdul Latif Romly memastikan pingat emas ketiga kontinjen negara dalam acara lompat jauh lelaki F20 (masalah pembelajaran) temasya Sukan Paralimpik Rio, malam tadi.

Lebih menggembirakan dia juga memecah rekod dunia tiga kali melalui enam lompatan di Stadium Olimpik dengan catatan terbaik 7.60 meter.

Zoran Talic dari Croatia merangkul pingat perak dengan jarak 7.12m manakala atlet Ukraine, Dmytro Prudnikov meraih gangsa dengan 6.99m.

Abdul Latif, 19, yang berasal dari Perlis, melakukan kesilapan pada lompatan pertama sebelum bangkit dengan catatan rekod dunia 7.47m dan 7.54m pada lompatan kedua dan ketiga. Bagi lompatan keempat dia sekadar mencatat 6.79m sebelum melakukan 7.60m pada lompatan kelima. Lompatan keenam dan terakhir hanya 7.49m.

Rekod dunia sebelum ini yang juga miliknya 7.35m, dicatat di Kejohanan Dunia di Doha, Qatar tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 September 2016 @ 12:17 AM