HOWARD  (tengah) bersama Presiden Persekutuan Woodball Asia, Thomas Kok (dua dari kiri) pada sidang media  Kejohanan Woodball Antrabangsa   di Bangunan Perak Darul Ridzuan.  - FOTO Farah  Suhaidah Othman
HOWARD (tengah) bersama Presiden Persekutuan Woodball Asia, Thomas Kok (dua dari kiri) pada sidang media Kejohanan Woodball Antrabangsa di Bangunan Perak Darul Ridzuan. - FOTO Farah Suhaidah Othman
Farah Suhaidah Othman

KEJOHANAN Woodball Antarabangsa yang berlangsung dari 27 Julai hingga 1 Ogos ini dijangka menarik 200 peserta dari dalam negara dan luar negara.

Pengerusi Jawantankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How, berkata kejohanan di peringkat antarabangsa yang memasuki edisi ke-22 itu pertama kali dianjurkan di negeri ini anjuran Persatuan Woodball Malaysia dan Persatuan Woodball Perak. Katanya, lapan pasukan antarabangsa sudah mengesahkan penyertaan iaitu China, Taiwan, Indonesia, Singapura, Pakistan, Jepun dan Hong Kong.

"Kerajaan negeri menyumbang RM15,000 bagi menjayakan lagi kejohanan berkenaan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, ramai tidak mengenali sukan woodball yang corak permainannya seakan sukan golf dan kejohanan itu mampu menarik minat rakyat Perak untuk mendekati sukan itu dengan lebih dekat.

"Ia sekali gus ia dapat merealisasikan hasrat kerajaan negeri menjadikan negeri ini sebagai bandar raya sukan (sport city).

"Dengan penyertaan peserta dari luar negara, secara tidak langsung dapat membantu mempromosikan Perak ke peringkat dunia sekali gus menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelancongan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2019 @ 6:50 PM