NAIB Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ,Prof Datuk Dr Razli Che Razak (tengah) mencuba sukan Woodball ketika meninjau gelanggang sukan itu di UMK Cawangan Bachok. FOTO IHSAN UMK
NAIB Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ,Prof Datuk Dr Razli Che Razak (tengah) mencuba sukan Woodball ketika meninjau gelanggang sukan itu di UMK Cawangan Bachok. FOTO IHSAN UMK
Nor Amalina Alias


Bachok: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengetengahkan sukan woodball dengan membina gelanggang pertama di Kelantan.

Gelanggang yang dibina dengan taraf antarabangsa itu menepati piawaian dan menerima sijil pengiktirafan Persatuan Woodball Malaysia (WMA) yang disampaikan Naib Presiden WMA, Zulkarnain Mohamed Shaharuddin.

Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Razali Che Razak berkata, penarafan ini akan menjadikan gelanggang itu sebagai lokasi pertandingan sirkit woodball peringkat kebangsaan yang dijangka berlangsung pertengahan tahun ini.

Katanya, gelanggang berkenaan mula dibina pada Julai 2023 dengan kos permulaan lebih RM100,000.

"Satu penghargaan besar buat warga UMK untuk bangunkan sukan woodball khususnya di kalangan pelajar sekolah, orang awam, agensi kerajaan dan sebagainya.

"Saya dimaklumkan bahawa Persatuan Woodball Malaysia kini dalam proses membina acara woodball dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA), " katanya dalam kenyataan kepada media.

Beliau merasmikan gelanggang berkenaan dengan dihadiri sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Mohamad Ismail; Penolong Pengarah (Khidmat Pengurusan) Majlis Sukan Negeri Kelantan, Yang Mulia Tuan Aziz Tuan Mat, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Hazri Nizam Zakaria dan Pengarah Pusat Sukan UMK, Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Februari 2024 @ 9:24 PM