Annabel Dimmock akan beraksi di Thailand minggu ini.
Annabel Dimmock akan beraksi di Thailand minggu ini.
Agensi

PEMAIN golf England, Annabel Dimmock berharap dapat tersenarai dalam pasukan Eropah yang akan berdepan Kejohanan Piala Solheim ketika beraksi di kejohanan Terbuka Wanita Eropah - Thailand, minggu ini.

Pemain berusia 22 tahun itu menang Terbuka Wanita Jabra pada Mei dan kemenangan minggu ini pastinya menyaksikan dia melonjak di tempat ke-12 senarai rangking dengan tiga acara kelayakan yang perlu disertai.

Eropah melayan kunjungan Amerika Syarikat di Gleneagles dari 13 hingga 15 September ini.

“Saya perlu mendapatkan beberapa minggu terbaik untuk memperolehinya,” kata Annabel.

“Pada permulaan tahun ini, saya beraksi baik namun ia tidak seperti yang diharapkan.

“Jika saya mahu berada dalam senarai itu saya mungkin perlu mengisi borang sebagai kapten.”

Kapten Eropah, Catriona Matthew dijangka mengumumkan 12 pemain terbaiknya bagi pasukan Piala Solheim selepas acara kelayakan akhir - Terbuka Wanita Scottish - yang berakhir pada 11 Ogos.

Sebelum itu, ada dua peluang untuk pemain menempatkan diri mereka dalam pasukan iaitu di Kejohanan Evian dan Terbuka Wanita British.

Lapan pemain layak secara automatik, dengan Catriona memilih empat pemain wildcard.

Annabel yang beraksi dalam pasukan Piala Ryder Junior Eropah 2014 berkata: “Saya perlu terus beraksi dengan baik namun saya tidak boleh terlalu memikirkan perkara itu kerana saya mahu fokus kepada permainan golf dan semuanya akan berjalan serentak.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Jun 2019 @ 12:32 PM