Aksi Naomi ketika Terbuka Perancis, Paris yang lalu. FOTO AFP
Aksi Naomi ketika Terbuka Perancis, Paris yang lalu. FOTO AFP
AFP

PEMAIN nombor satu dunia Naomi Osaka mengakui masih terlalu jauh untuk dirinya menguasai permainan di gelanggang tanah liat kepada permukaan rumput rata tatkala melakukan persediaan bagi perlawanan Wimbledon di Birmingham Classic, minggu ini.

Naomi mengesahkan kemenangan pada dua Grand Slam awal di Amerika Syarikat dan Terbuka Australia sejak kali terakhir beraksi di gelanggang rumput, apabila dia tumpas dalam enam set perlawanan ke atas juara Wimbledon, Angelique Kerber.

“Rumput, saya tidak begitu selesa dengannya,” kata Naomi. “Ketika kanak-kanak lagi, saya tidak pernah bermain di gelanggang rumput.

“Sudah pasti kejohanan pertama adalah yang paling sukar. Saya hanya berlatih dua kali di gelanggang rumput kerana cuaca kerap kali hujan. Jadi, saya akan cuba beraksi sebaik mungkin. “Ia cuma agak berbeza daripada aksi sebelum ini.”

Naomi berasakan, adalah penting baginya untuk mempamerkan peningkatan sebagai pemain walaupun kurang dikenali beberapa tahun lalu.

“Setiap kali saya kembali beraksi di gelanggang rumput apa yang masih saya ingatkan adalah perlawanan terakhir yang pastinya Wimbledon dan saya beraksi menentang Angelique tahun lalu malah dia memberi cabaran yang cukup sengit,” tambahnya.

“Saya akan terus mencuba dan sudah tentu memikirkan mengenai perlawanan itu, tetapi memikirkan tentang semua perkara yang saya lakukan, termasuk melakukan penambahbaikan pada tahun ini.”

Dan Naomi mengharapkan cuti hujung minggu selepas penyingkiran di pusingan ketiga pada Terbuka Perancis membolehkannya bangkit mencuba pada minggu kedua di Wimbledon buat julung kali.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2019 @ 10:32 AM