Polis akan tempat 4,700 anggota keselamatan pada final UCL. FOTO AFP
Polis akan tempat 4,700 anggota keselamatan pada final UCL. FOTO AFP
AFP

MADRID akan menempatkan seramai 4,700 pegawai polis serta anggota keselamatan untuk mengawasi pertembungan final Liga Juara-Juara (UCL) menemukan dua kelab Inggeris, Tottenham berdepan Liverpool, awal pagi Ahad ini.

Malah, pihak berkuasa juga akan menggunakan dron untuk kali pertama bagi memantau aktiviti penyokong kedua-dua pasukan terbabit.

Dengan tahap pengawasan keganasan di Sepanyol berada di tempat kedua tertinggi, pihak berkuasa Sepanyol turut mengharamkan trak dengan muatan lebih 3.5 tan untuk berada berhampiran stadium Wanda Metropolitano yang menjadi venue perlawanan Liverpool dan Tottenham yang dianggap ‘berisiko tinggi’.

Trak juga tidak dibenarkan berada dalam kawasan menempatkan dua zon peminat yang akan dikhaskan di kawasan bandar.

“Kami akan menggunakan pendekatan serta peralatan keselamatan yang ketat di kawasan terbabit untuk memastikan segala-galanya berada dalam keadaan normal dan setiap orang boleh menikmati perlawanan itu,” kata ketua pengarah polis kebangsaan Sepanyol, Francisco Pardo memberitahu pada sidang media.

Dengan angka lebih 4,700 anggota keselamatan terbabit untuk perlawanan itu mengatasi jumlah anggota ditempatkan pada final Copa Libertadores antara dua kelab gergasi Argentina, River Plate dan Boca Juniors di Madrid dalam apa dianggap perlawanan berisiko tinggi oleh pihak keselamatan.

“Anggota di tempatkan itu adalah yang paling tinggi jumlahnya dan mereka akan akan memastikan tahap keselamatan berada di tahap tertinggi berbanding mana-mana acara sukan di Madrid, kata Pardo.

Polis juga akan menggunakan dron untuk meningkatkan tahap pengawasan penyokong bermasalah yang mendapat kerjasama helikopter polis.

Pihak berkuasa menjangkakan seramai 32,000 penyokong memiliki tiket akan hadir menyaksikan pertembungan dua pasukan di stadium berkapasiti 68,000 itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mei 2019 @ 8:26 PM