GAMEIRO (dua kanan) ketika bertemu Arsenal di Singapura. — FOTO Agensi
GAMEIRO (dua kanan) ketika bertemu Arsenal di Singapura. — FOTO Agensi
AFP

KEVIN Gameiro pernah menyingkirkan Arsenal pada separuh akhir Liga Europa dan kini dia mahu melakukannya sekali lagi.

Gameiro membantu Atletico Madrid menamatkan harapan Arsene Wenger bagi penamat gemilang musim lalu, kemenangan 2-1 membantu mereka layak ke final, yang dimenangi mereka ke atas Marseille.

Dua belas bulan berlalu, Unai Emery mengendalikan Arsenal dan Gameiro mengetuai serangan Valencia, yang mana seperti lawan mereka, mungkin perlu memenangi Liga Europa untuk beraksi pada Liga Juara-Juara musim depan.

“Ia pasti perlawanan yang berbeza berbanding tahun lalu, mereka mempunyai jurulatih baharu dan beliau membawa gayanya tersendiri dalam pasukan Arsenal,” kata Gameiro.

GAMEIRO melayan soalan wartawan di Valencia, baru-baru ini. — FOTO AFP
GAMEIRO melayan soalan wartawan di Valencia, baru-baru ini. — FOTO AFP

“Kami perlu berhati-hati dengan kekuatan dan kelemahan mereka kerana mereka bermain pantas, menguasai bola dan mempunyai pemain yang boleh melakukan serangan balas pantas. Kami perlu memberikan segala-galanya.”

Jika Gameiro mengetahui mengenai Arsenal, dia mengenali Emery juga, selepas bermain di bawah kendalian pengurus dari Sepanyol itu di Sevilla, bersama mereka memenangi Liga Europa tiga kali berturut-turut pada 2014, 2015 dan 2016.

Pada final pertama, Gameiro mempunyai sentuhan penentu apabila sepakan penaltinya pada penentuan penalti memberikan Sevilla kemenangan ke atas Benfica.

Pada final ketiga dia menjaringkan gol sekali lagi, tampanan mudah membantu kemenangan 3-1 ke atas Liverpool di Basel.

“Kami tidak berhubung selepas itu tapi saya bertemu Unai sekali lagi apabila Atletico bermain aksi persahabatan menentang Arsenal di Singapura dan bagus untuk berjumpanya kali ini,” ujar Gameiro.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mei 2019 @ 1:15 PM