MCILROY berehat dua minggu selepas Augusta National. — FOTO Agensi
MCILROY berehat dua minggu selepas Augusta National. — FOTO Agensi
AFP

RORY McIlroy mengubah cara hayunannya selepas hambar pada Masters AS, berharap kepulangannya ke lapangan digemari Quail Hollow minggu ini mampu membantunya meraih gelaran utama pada Kejuaraan PGA.

Bintang Ireland Utara itu antara pemain pilihan pada Kejuaraan Wells Fargo bermula hari ini di Charlotte, North Carolina, lapangan yang menyaksikannya menang dengan dua rekod lapangan, catatan 62 pada pusingan akhir 2010 membantunya meraih kejuaraan PGA AS sulung dan 61 pada pusingan ketiga 2015 menyaksikannya menang dengan tujuh pukulan.

“Ia memang lapangan yang mana saya tidak sabar untuk hadir setiap tahun,” kata McIlroy awal pagi tadi.

“Lapangan ini dalam keadaan hebat. Saya teruja untuk bermain sekali lagi selepas beberapa minggu berehat. Agak sibuk selepas ini dan harapnya saya bermula dengan pencapaian membanggakan minggu ini.”

MCILROY berusaha membaiki gaya hayunannya supaya lebih sempurna. — FOTO Agensi
MCILROY berusaha membaiki gaya hayunannya supaya lebih sempurna. — FOTO Agensi

McIlroy, yang akan menyambut hari jadi ke-30 Sabtu ini, berkongsi tangga ke-21 pada Masters AS di Augusta National bulan lalu, terlepas satu lagi peluang untuk melengkapkan Grand Slam karier.

Menggunakan video hayunannya pada Masters ketika berehat dua minggu, McIlroy membaiki permainannya bersama jurulatih Michael Bannon dan membuat sedikit ubah suai dengan harapan meraih keputusan dimahukan dalam tempoh dua minggu apabila Kejuaraan PGA, kejohanan yang dimenanginya dua kali, dilangsungkan di Bethpage Black.

“Satu daripada perkara bagus mengenai rehat dua minggu anda mempunyai masa untuk membaiki beberapa perkara,” kata McIlroy. “Cuba mendalaminya sebaik mungkin dan mengamalkan beberapa teknik dan kini berasa bagus mengenainya.”

McIlroy, pemenang empat gelaran utama, bekerja keras untuk mengurangkan lencongan bola dan memastikan badannya lebih selari ketika membuat pukulan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mei 2019 @ 11:55 AM