KEANU Subba
KEANU Subba
Meor Riduwan Meor Ahmad

ATLET seni bela diri campuran (MMA) negara, Keanu Subba kembali menggegar kejohanan ONE Championship ‘For Honor’ di Jakarta, Indonesia pada 3 Mei ini.

Bersaing dalam kategori ‘featherweight’, atlet berusia 24 tahun ini akan bertarung dengan wakil Jepun, Ryogo Takahashi yang juga pertarunKeanu Subbagan profesional ke-11 bagi dirinya.

Subba berkata, dia menyasarkan perlawanan itu satu daripada sekurang-kurangnya tiga perlawanan tahun ini dalam usaha layak ke divisyen featherweight.

“Sudah lama saya tidak beraksi dan gembira mempunyai peluang untuk bersaing lagi. Sebagai atlet, pastinya kita mahu beraksi sekerap mungkin dan mempunyai keazaman tinggi dalam keadaan terbaik,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan One Championship di sini.

Menurutnya dia tidak pernah menyangka akan pergi sejauh ini dalam hidup tanpa seni mempertahankan diri.

“Mempelajari seni bela diri sejak usia muda nyata memberi manfaat kepada saya. Tidak dapat saya gambarkan, di mana saya tanpa seni bela diri.

“Kami belajar kemahiran baru setiap hari dan walaupun kadang-kadang ia mempengaruhi emosi anda, semuanya sebahagian yang perlu dilalui sebagai pengamal seni bela diri.

Sementara itu, Subba berkata, turut berkongsi saat pilu terutamanya bagaimana kecederaan atau kekalahan hingga menyebabkan dia terpaksa menarik diri.

“Beberapa tahun lalu saya mengalami kecederaan ketika hampir hari pertandingan. Ia adalah saat yang menyedihkan dan menyebabkan saya tertekan.

“Tetapi saya tahu saya perlu bangkit semula dan syukur saya berjaya melakukannya dengan bantuan ahli keluarga.”

Ketika era amatur, Subba mendalami pelbagai cara untuk memperbaiki permainannya yang membuahkan hasil apabila merangkul tali pinggang Kejohanan Featherweight Penaklukan Seni Mempertahankan Diri Campuran Malaysia (MIMMA) pada 2013.

Enam tahun kemudian, Subba terus mempamerkan peningkatan apabila merekodkan kadar menamatkan perlawanan 100 peratus selain memperagakan seni mempertahankan diri yang lebih serba boleh.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 April 2019 @ 9:05 PM