Ifwat mahu sekat bekas rakan sepasukan. FOTO NSTP
Ifwat mahu sekat bekas rakan sepasukan. FOTO NSTP
Izzali Ismail


PENJAGA gol Kedah, Ifwat Akmal berdepan tugas berat menghadapi skuad Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, esok.

Beraksi dilaman sendiri menentang skuad Red Giants dibarisi bekas pemain Kedah seperti Syazwan Zainon (Wan Karpet), Sandro Da Silva, Halim Saari dan Kyril Muhymeen bakal menjadi ancaman besar buat Ifwat.

Menurut Ifwat, kali ini lebih mencabar berbanding perlawanan lain kerana turut berdepan pemain berpengalaman Selangor musim ini.

"Saya perlu fokus dan tidak bolos. Selain itu, perlu perlu waspada ancaman diberikan oleh Faiz Nasir, Amri Yahyah, Syahmi Safari dan lain-lain.

“Beberapa bekas pemain Kedah memang sudah biasa dengan suasana di Stadium Darul Aman. Mereka ibarat beraksi di laman sendiri cuma kini bermain bersama pasukan lain.

"Malah, saya juga mahu mengekalkan 'clean sheet' dan membantu pasukan mencapai kemenangan.

"Ifwat mengakui bakal 'diuji' dengan ketajaman Sandro Da Silva selaku pakar tendangan bebas.

"Ketajaman sepakannya digeruni ramai penjaga gawang. Saya mahu lebih berhati-hati bagi mengelak membuat silap.

Selepas gagal meraih mata di Melaka minggu lalu, Ifwat tekad bangkit membuktikan keupayaan.

"Kecederaan dan penggantungan pemain tidak menjejaskan. Kami berazam kembali mempamer prestasi sebenar diharapkan penyokong.

"Saya yakin sokongan di Stadium Darul Aman menyumbang kepada momentum kebangkitan dirancang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2019 @ 4:43 PM