MADISON bersama trofi kejohanan. - FOTO Agensi
MADISON bersama trofi kejohanan. - FOTO Agensi
Reuters

MADISON Keys muncul juara Terbuka Charleston selepas menewaskan Caroline Wozniacki 7-6(5), 6-3 awal pagi tadi sekali gus kemenangan pertamanya ke atas bintang Denmark itu.

Kemenangan di atas gelanggang tanah liat mengakhiri kemarau kejuaraan dua tahun pilihan kelapan dari Amerika Syarikat itu yang juga gelaran keempat dalam kariernya.

Dua kekalahannya kepada Caroline sebelum ini di atas tanah liat yang menyaksikan Madison gagal memenangi sebarang set.

"Servis saya berkesan hari ini,” kata Madison yang sebelum ini menjangkakan aksi di atas tanah liat memberi kelebihan kepada dirinya.

"Saya banyak memberi tekanan ke atas lawan, membalas hantaran, memastikan rali berterusan dan tidak berputus asa,” kata pemain nombor 18 dunia itu yang menang 76 peratus mata daripada servis pertama dan meledak enam ace. “Selain itu percaya permainan saya dan terus melakukan pukulan.”

Madison ketinggalan 5-6 pada set pertama sebelum berjaya memaksa tiebreak yang sengit pada kedudukan 4-3 sehinggalah Caroline melakukan kesilapan berganda.

Madison meraih mata seterusnya tetapi kesilapannya membolehkan Caroline pula mendahului 6-5 tetapi hantaran ke belakang membolehkan pemain AS itu menang set pertama.

Madison mematahkan servis Caroline pada permainan keenam set kedua untuk mendahului 4-2 dan ketika kedudukan 5-2, Caroline terus gagal memberi tentangan.

"Sudah tentu minggu yang hebat buat saya terutamanya selepas beberapa siri kekalahan beberapa minggu lalu dan menaikkan semangat saya untuk menghadapi kejohanan di Eropah selepas ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2019 @ 10:40 AM