AKSI Emma ketika bertemu Jessica. FOTO AP
AKSI Emma ketika bertemu Jessica. FOTO AP
Reuters

Cincinnati: Pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek dan penyandang juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Emma Raducanu, kedua-duanya tersingkir daripada Terbuka Cincinnati manakala pilihan kedua, Anett Kontaveit juga tersingkir seawal pusingan 16.

Emma menewaskan bekas juara Grand Slam, Serena Williams dan Victoria Azarenka dalam dua pusingan sebelumnya tetapi akhirnya pilihan ketujuh, Jessica Pegula menewaskannya 7-5 6-4.

Madison Keys pula mencatat kemenangan 6-3 6-4 ke atas Iga yang juga kejayaan pertamanya menewaskan pemain nombor satu dunia itu.

"Sudah pasti saya sangat gembira kerana dapat meraih kemenangan ini.

"Kali terakhir saya bertemunya, dia mengalahkan saya dengan keputusan yang agak teruk," kata Madison yang juga juara Cincinnati 2019.

Pemain nombor dua dunia, Anett pada mulanya dilihat dapat menewaskan Zhang Shuai apabila memenangi set pertama namun lawannya dari China itu bangkit untuk meraih kemenangan 2-6 6-4 6-4.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Ogos 2022 @ 10:32 AM