AKSI Kim melakukan pukulan di pusingan ketiga Terbuka Texas. - FOTO AFP
AKSI Kim melakukan pukulan di pusingan ketiga Terbuka Texas. - FOTO AFP
AFP

PEMAIN Korea Selatan Kim Si-woo membawa kelebihan satu pukulan menuju pusingan akhir Terbuka Valero Texas selepas membenam birdie di lubang ke-18, awal pagi tadi.

Kim yang memulakan hari pertama dengan mendahului empat pukulan diberi tentangan hebat pemain Canada, Corey Conners ketika dia bergelut dalam cuaca hujan dan berangin di lapangan TPC San Antonio's AT&T Oaks Course.

Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun dari Seoul itu berjaya menyesuaikan diri dan melakukan birdie di lubang ke-18 untuk mencatat tiga bawah par 69 sekali gus berkelebihan satu pukulan menjelang pusingan akhir esok.

"Hari yang sukar, hujan dan berangin,” kata Kim. “Tetapi cuaca semakin baik dan permainan saya juga makin menjadi. Saya rasa sedikit tertekan tetapi masih OK dan saya teruja menunggu esok.”

Conners pula enggan ketinggalan dalam persaingan apabila mencatat enam di bawah par 66 selepas 54 lubang.

Conners yang belum lagi menang di Jelajah PGA boleh melengkapkan minggu cemerlang jika merangkul kejuaraan pertamanya.

Pemain berusia 27 tahun itu yang hanya beraksi di San Antonia minggu ini selepas melepasi pusingan kelayakan Isnin lalu menerusi playof.

Kemenangan membolehkan Conners mengesahkan tempat ke Masters di Augusta minggu depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 April 2019 @ 2:17 PM