PEMAIN Newport, Rodney Parade (kanan) meloloskan diri daripada pemain City, David Silva and Leroy Sane. FOTO/REUTERS
PEMAIN Newport, Rodney Parade (kanan) meloloskan diri daripada pemain City, David Silva and Leroy Sane. FOTO/REUTERS
AFP

LONDON: Manchester City berjaya melangkah ke suku akhir Piala FA selepas berjaya menyingkirkan Newport County dengan kemenangan 4-1 awal pagi tadi.

Pada aksi pusingan kelima berkenaan, anak buah Pep Guardiola diberi tentangan hebat oleh pasukan yang berada 82 anak tangga di bawah mereka.

Bergelut untuk menguasai pelawanan di padang Rodney Parade yang rosak teruk, City terselamat apabila Ederson menyelamatkan situasi cemas pada awal babak pertama dan hanya bangkit pada babak kedua menerusi ledakan Leroy Sane sebelum Phil Foden menggandakan jaringan.

Newport enggan mengaku kalah apabila Padraig Amond menghadiahkan gol pada minit ke-88 namun Foden sekali lagi menambah jaringan 79 saat kemudian sebelum Riyad Mahrez memastikan gol keempat pada minit terakhir perlawanan.

"Ia perlawanan yang sukar. Kami membuka jaringan dan yakin mampu menguasainya. Mereka nyata mempamerkan kekuatan dan tahniah kepada persemnahan hebat mereka,” kata Guardiola.

"Penyokong tuan rumah juga hebat, saya faham bola sepak Inggeris hari ini lebih baik dan saingan merebut piala ini juga sangat mencabar.”

City kini bersiap untuk berdepan Schalke dalam saingan pertama peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara Rabu ini dan seterusnya berdepan Chelsea untuk final Piala Liga pada 24 Februari.

Guardiola melakukan tujuh pertukaran pemain berbanding skuad yang membelasah Cheslsea 6-0 minggu lalu.

“Kamu beraksi di sini dan kemudian ke Liga Juara-Jauara. Kamu perlu menyesuaikan diri dengan mengubah cara berfikir sekali dengan tindakan, barulah kamu dapat beraksi dalam satu pasukan,” katanya.

“Kesilapan terbesar yang perlu dielak ialah menggangap diri anda lebih baik daripada orang lain. Ia satu kesilapan, seperti dialami United sebelum menentang PSG, lihat apa yang terjadi kepada mereka . Kamu mesti tenang dan membuat persiapan awal,” katanya.

Status City dan tuan rumah itu memang jauh berbeza dengan pemain skuad Newport hanya bernilai sekitar 50,000 pounds (RM350,000) dan City pula berjumlah 450 juta pounds (RM3.3 bilion) namun pemain Newport berjaya menyingkirkan pasukan Liga Perdana seperti Leicester dan pasukan Liga Kejohanan, Middlesbrough dalam dua pertembungan sebelum ini.

Guardiola sebelum ini kerap memberi amaran kepada pemainnya betapa City akan merana dengan set-pieces pemain Newport yang tinggi dan kuat dan amaran itu ternyata benar pada awal 14 minit pertama saingan apabila City memberi ruang untuk Tyreeq Bakinson melakukan tandukan dari jarak dekat mujur kecekapan Ederson menyelamatkan cubaan bahaya itu.

Beraksi di atas padang yang rosak akibat perlawanan ragbi yang diadakan di situ, City jelas hilang punca pada awalnya dan sekali lagi dihukum menerusi cubaan Joss Labadie yang mendapat bola lontaran jauh, namun cubaannya tersasar.

Benteng pertahanan Newport akhirnya musnah pada minit ke-51 apabila Gabriel Jesus mengumpan tepat kepada Sane untuk menewaskan penjaga gol Joe Day, dengan berbaki 15 minit, Foden menambah derita menerusi rembatan leret melepas jangkauan Day.

Amond sempat menyambar peluang daripada kesilapan Aymeric Laporte dan Nicolas Otamendi untuk sagu hati Newport, namun Foden sekali lagi menemui sasaran untuk gol ketiga City sebelum Mahrez memastikan City ke suku akhir dengan gol keempat pada minit ke-90.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Februari 2019 @ 11:57 AM