PEMAIN Leipzig Marcel Sabitzer (tiga dari kanan) mengasak pemain  Hannover  Florent Muslija, awal pagi tadi.
PEMAIN Leipzig Marcel Sabitzer (tiga dari kanan) mengasak pemain Hannover Florent Muslija, awal pagi tadi.
AFP

BERLIN: “Kami berasa tidak tentu arah dan kepenatan, seorang atau dua perlu meningkatkan kecergasan mereka. Anda perlu lebih cergas dalam Bundesliga, Leipzig bermain pada tahap berbeza,” menurut jurulatih Hanover 96, Thomas Doll selepas pasukannya tewas 3-0 kepada RB Leipzig, awal pagi tadi.

Selepas sedekad tidak menyertai Bundesliga kerana berada di Turki, Arab Saudi dan Hungary, bekas pengendali Dortmund itu menggantikan Andre Breitenreiter Ahad lalu dengan sasaran meningkatkan prestasi Hanover yang kini berkedudukan kedua terbawah liga.

Leipzig lebih menguasai cabaran itu dengan meneruskan rentetan kekalahan tuan rumah, Hanover kepada sembilan perlawanan liga dengan jaringan pertahanan, Marcel Halstenberg dan dua tandukan Willi Orban.

Walaupun tanpa penyerang Jerman, Timo Werner yang tidak bermain kerana demam, Leipzig berjaya melakukan 21 cubaan dalam cuaca amat sejuk lantas membuatkan penjaga gol Hanover, Michael Esser sangat sibuk.

“Saya berpuas hati, kami kurang sentuhan pada pusingan pertama tetapi lebih baik selepas rehat,” kata jurulatih Leipzig, Ralf Rangnick yang pasukannya terus mengekori tiga pasukan dalam Bundesliga.

“Willi Orban sangat profesional - dia menunjukkan kemampuan sebenar dengan dua gol.”

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Februari 2019 @ 7:51 AM