WAYNE ROONEY
WAYNE ROONEY
AFP

WASHINGTON: Media hari ini mendedahkan bekas bintang England dan Manchester United, Wayne Rooney pernah ditahan pada bulan lalu kerana didapati mabuk serta mengeluarkan kata-kata kesat di tempat awam, sebelum membayar denda AS$25 (RM103.04) pada Jumaat lalu. 

Rekod mahkamah itu diperoleh Washington ABC 7 News dan The Athletic menunjukkan Rooney ditahan di London County, Wirginia pada 16 Disember di atas dakwaan memaki hamun, mabuk, – satu kesalahan kecil yang membolehkan dia dibebaskan daripada tahanan, namun perlu membayar denda serta juga kos mahkamah pada Jumaat.

Rooney ditahan oleh Penguasa Lapangan Terbang Metropolitan Washington di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles, yang terletak di utara Virgina, pinggir bandar Washington. 

Bekas kapten England itu berada di lapangan terbang selepas kembali dari Arab Saudi. Dia memuat naik gambar dirinya pada 14 Disember dari Riyadh bagi menghadiri satu acara. 

“Kami menyedari laporan berita yang menyatakan Wayne Rooney ditahan pada Disember,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan DC United kepada media Amerika Syarikat, termasuklah Washington Post.

“Kami memahami minat media berhubung perkara ini tetapi percayalah ini adalah hal peribadi buat Wayne yang DC United akan tangani secara dalaman.”

Rooney kini menjalani hukuman apabila lesen keretanya digantung selama dua tahun di United Kingdom bermula September 2017 apabila ditahan mabuk di England.  

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 January 2019 @ 9:28 AM