ROONEY (kiri) bersama bintang MLS dan Atletico Madrid menjelang perlawanan persahabatan tahunan di Orlando, Florida, awal pagi esok. — FOTO Reuters
ROONEY (kiri) bersama bintang MLS dan Atletico Madrid menjelang perlawanan persahabatan tahunan di Orlando, Florida, awal pagi esok. — FOTO Reuters
AFP

WAYNE Rooney menegaskan masa depannya masih di Liga Bolasepak Utama (MLS) berikutan laporan menyatakan keluarganya kurang selesa di Washington dan mahu dia kembali ke England sebelum kontrak semasanya tamat.

Bekas penyerang England dan Manchester United itu agak kaget apabila ditanya mengenai berita di England isterinya Coleen menggesanya supaya meninggalkan Amerika Utara apabila kontrak semasanya bersama DC United berakhir pada hujung 2021.

Rooney, yang berada di Orlando menjelang perlawanan persahabatan antara bintang MLS dengan Atletico Madrid awal pagi esok, menyatakan dia sudah mula berusaha mengambil lesen kejurulatihan untuk mengikut jejak langkah jurulatih baharu Chelsea, Frank Lampard.

Penyerang itu menandatangani kontrak tiga setengah tahun pada musim panas lalu susulan perpindahannya dari Everton.

ROONEY (tiga kiri) beraksi ketika menentang Chicago Fire, Ahad lalu. — FOTO Reuters
ROONEY (tiga kiri) beraksi ketika menentang Chicago Fire, Ahad lalu. — FOTO Reuters

Namun apabila ditanya jika isterinya memintanya supaya bersara daripada bola sepak demi keluarga, Rooney menjawab: “Adakah itu yang ditulis di media? Isteri saya membuat keputusan sendiri?

“Laporan itu agak keterlaluan. Saya memberi tumpuan untuk bermain dengan Dc United dan cuba membantu mereka layak ke playoff. Saya tidak memikirkan perkara lebih daripada itu.

Rooney menikmati penampilan menarik dalam MLS, menjaringkan 23 gol dalam 42 perlawanan.

Pada usia 33 tahun bagaimanapun, bintang kelahiran Liverpool itu sedar karier permainannya tidak akan berpanjangan.

“Kejurulatihan sesuatu yang sudah lama saya fikirkan,” kata Rooney.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Julai 2019 @ 9:59 PM