PEMAIN Porto meraikan kejayaan selepas berjaya mara ke pusingan kalah mati UCL. FOTO/AFP
PEMAIN Porto meraikan kejayaan selepas berjaya mara ke pusingan kalah mati UCL. FOTO/AFP
Reuters

PORTO: Porto menduduki tempat teratas kumpulan Liga Juara-Juara dengan kemenangan 3-1 ke atas Schalke 04 dan kedua-dua pasukan mengesahkan kelayakan ke pusingan 16 terakhir.

Kemenangan Lokomotiv Moscow 2-0 ke atas Galatasaray dalam perlawanan terdahulu Kumpulan D memastikan juara Portugal dan pasukan Bundesliga itu berada di kedudukan teratas sebelum perlawanan di Estadio do Drago.

Porto menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit di awal babak kedua bagi menguasai permainan. Eder Militao meletakkan mereka di hadapan pada minit ke-52 menerusi tandukan hasil hantaran silang Oliver Torres dan Jesus Corona menambah gol kedua hasil hantaran Yacine Brahimi.

Nabil Bentaleb memperoleh satu mata bagi lawan menerusi penalti pada minit ke-89 namun Porto memastikan kemenangan menerusi Moussa Marenga.

Porto mempunyai 13 mata daripada lima perlawanan sementara Schalke pula mengumpul lapan mata dan Galatasaray empat mata.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 November 2018 @ 10:05 AM