NEYMAR meraikan kejayaan sepakan penalti bersama rakan pasukan, Lucas Paqueta. FOTO AFP
NEYMAR meraikan kejayaan sepakan penalti bersama rakan pasukan, Lucas Paqueta. FOTO AFP
AFP

Porto Alegre, Brazil: Penyerang bintang, Neymar menyempurnakan penalti yang diambil semula yang menyaksikan Brazil mengekalkan permulaan sempurna buat pada aksi kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan dengan kemenangan 2-0 menewaskan Ecuador.

Richarlison meletakkan Brazil di depan pada minit ke-64 dan Neymar memastikan kemenangan pada masa tambahan selepas melihat semula rakaman VAR.

Pengadil Alexis Herrera pada mulanya memberi sepakan percuma atas kekasaran ke atas Gabriel Jesus oleh Angelo Preciado di kawasan Ecuador lima minit sebelum tamat perlawanan.

Namun selepas melihat rakaman VAR selama empat minit dia mengubah keputusannya dengan memberikan sepakan penalti.

Neymar mengambil sepakan itu namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Ecuador Alexander Dominguez yang menyelamatkan sepakan lemah itu.

Ecuador bagaimanapun terpaksa menerima keputusan Herrera apabila menyatakan Dominguez melakukan kesalahan.

Neymar mengambil semula sepakan dan kali ini berjaya memperdaya Dominguez.

Brazil kini mendahului kumpulan kelayakan dengan empat mata berbanding Argentina yang belum kalah manakala Ecuador ketiga, dua mata lagi di belakang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Jun 2021 @ 12:58 PM