Pemain Benfica, Joao Felix (kiri) cuba mengatasi pertahanan Santa Clara, Fabio Cardoso pada aksi Liga Portugal. FOTO AFP.
Pemain Benfica, Joao Felix (kiri) cuba mengatasi pertahanan Santa Clara, Fabio Cardoso pada aksi Liga Portugal. FOTO AFP.
AFP

BENFICA merangkul kejuaraan liga Portugal ke-37 dengan kemenangan bergaya ke atas Santa Clara, 4-1 dalam suasana meriah di Stadium of Light, Porto, awal pagi tadi.

Dengan dua mata mendahului daripada juara tahun lalu, Porto dan dengan takdir memihak kepada mereka, Benfica pantas mengawal permainan.

Haris Seferovic membuka jaringan pada minit ke-16 permainan. Joao Felix menambah gol kedua untuk mendahului tujuh minit kemudian dan Rafa Silva menambah gol ketiga sebelum separuh masa pertama tamat.

Pemain Benfica meraikan kejayaan bersama trofi selepas muncul juara Liga Portugal. FOTO AFP.
Pemain Benfica meraikan kejayaan bersama trofi selepas muncul juara Liga Portugal. FOTO AFP.

Seferovic menambah gol kedua peribadi pada minit ke-56. Pasukan di kedudukan pertengahan liga Santa Clara, dari skuad the Azores, menjaringkan gol saguhati menerusi Cesar tiga minit kemudian.

Porto menewaskan Sporting, 2-1 pada perlawanan penentuan liga di Lisbon, penyokong Benfica meraikan kejayaan pasukan mereka dengan ‘konsert’ alat bunyi angin di sekitar jalanan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2019 @ 9:55 AM