Joshua Kimmich (kanan) cuba mengatasi pemain Lokomotiv pada aksi Liga Juara-Juara. FOTO AFP
Joshua Kimmich (kanan) cuba mengatasi pemain Lokomotiv pada aksi Liga Juara-Juara. FOTO AFP
AFP

Moscow: Penjaring gol kemenangan Joshua Kimmich mengakui juara bertahan Bayern Munich harus bekerja keras mencatat kemenangan 2-1 ke atas Lokomotiv Moscow, awal pagi ini.

Kemenangan itu menyaksikan kelab gergasi Jerman berkenaan mengekalkan rekod kemenangan ke-13 berturut-turut dalam saingan Liga Juara-Juara.

Selepas Leon Goretzka memberikan gol awal buat Bayern di Russia, Lokomotiv menyamakan kedudukan menerusi pemain tengah Anton Miranchuk berikutan serangan pantas pada minit ke-70.

Bagaimanapun, perancang tengah Jerman, Kimmich memastikan Bayern kekal berada di tempat teratas kumpulan apabila meledak gol menarik pada minit ke-79.

"Kami bekerja keras untuk kemenangan. Mereka tidak beraksi teruk, namun kami seharusnya menentukannya di awal permainan.

"Mereka mempunyai beberapa serangan balas berbahaya, tetapi di penghujungnya kami gembira kerana berjaya menang sekali pun tidak beraksi pada tahap terbaik kami." kata Kimmich.

Keputusan perlawanan Liga Juara-Juara :

Kumpulan A

Lokomotiv Moscow (RUS) 1 Bayern Munich (GER) 2

Atletico Madrid (ESP) 3 Salzburg (AUT) 2

Kumpulan B

Shakhtar Donetsk (UKR) 0 Inter Milan (ITA) 0

Borussia Moenchengladbach (GER) 2 Real Madrid (ESP) 2

Kumpulan C

Porto (POR) 2 Olympiakos (GRE) 0

Marseille (FRA) 0 Manchester City (ENG) 3

Kumpulan D

Atalanta (ITA) 2 Ajax (NED) 2

Liverpool (ENG) 2 Midtjylland (DEN) 0

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2020 @ 7:26 AM