USAIN BOLT
USAIN BOLT
AFP

SYDNEY: Kelab Australia, Central Coast Mariners menawarkan kontrak kepada atlet pecut, Usain Bolt, menurut laporan semalam.

Bagaimanapun, jurulatih kelab, Mike Mulvey memaklumkan dia tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara itu.

Bolt yang juga juara Olimpik lapan kali ketika ini menjalani sesi percubaan bersama kelab yang beraksi dalam saingan Liga Australia itu sejak Ogos lalu bagi memenuhi impiannya menjadi pemain bola sepak profesional.

Dia menjaringkan dua gol dalam aksi pramusim minggu lalu dan pada Khamis lalu menolak tawaran kontrak selama dua tahun daripada kelab Malta, Valletta.

“Saya boleh sahkan Usain ditawarkan kontrak oleh Central Coast Mariners,” kata ejen pemain itu, Ricky Simms.

Kelab berkenaan masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu tetapi akbar Sydney Daily Telegraph berkata dia hanya ditawarkan sebahagian kecil daripada nilai AUD 3 juta (RM8.87 juta) yang sudah dibincangkan oleh pihak pengurusannya beberapa bulan yang lalu sebelum sesi percubaan pertama kali diperkenalkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Oktober 2018 @ 12:31 PM