PEMAIN Barcelona perlu padam kepahitan selepas gagal menyaingi Real Madrid. FOTO EPA
PEMAIN Barcelona perlu padam kepahitan selepas gagal menyaingi Real Madrid. FOTO EPA
AFP

MADRID: Hampir sejam selepas wisel penamat, Barcelona pantas menghantar tweet: “Tahniah kepada @realmadrid kerana menjuarai Liga Juara-Juara 2017/18.”

Bagaimanapun ada segelintir penyokong yang mahukan mesej itu dipadamkan serta-merta manakala ada juga menganggapnya sebagai satu sentuhan klasik. “Kami seteru, bukan musuh,” tulis salah satunya.

Selain itu, tonggak utama Barcelona - Lionel Messi, Gerard Pique, Luis Suarez dan Andres Iniesta - terus mengambil pendekatan mendiamkan diri.

Sesetengah pemain juga ada memuat naik gambar mereka di samping keluarga dengan temasya Piala Dunia dijadual tidak lama selepas itu.

Namun daripada apa yang diperkatakan sejak itu dan biarpun mesej kelab dibuat, amat jelas kejayaan Madrid itu menggemparkan sebaik saja pulang ke tanah air manakala Barcelona gagal dan ini menambahkan lagi kepahitan.

“Apa yang jelas ia menyakitkan hati (buat kami),” kata Suarez dalam satu temu bual bersama RAC1 awal bulan ini. “Madrid meraih kemenangan dalam Liga Juara-Juara sejak tiga tahun lalu. Mereka mencipta sejarah dan ia pahit bagi kami.”

Paling utama mungkin disebabkan Barca berasa mereka lebih baik sekiranya dibandingkan dengan Madrid musim lalu.

Mereka mengalahkan lawan 3-0 di Santiago Bernabeu dan kemudian beraksi dengan 10 pemain pada aksi kedua di Nou Camp dan masih seri 2-2. Malah mereka mendahului permainan dengan kekurangan pemain sebelum Gareth Bale menyamakan kedudukan.

Mereka juga menamatkan saingan dengan kelebihan 17 mata berbanding Madrid untuk menjuarai La Liga, satu jurang yang diperakui ketika Zinedine Zidane mula mengutamakan aksi di peringkat Eropah.

Namun selepas Februari, sebelum pusingan kalah mati Liga Juara-Juara bermula, Barcelona mendahului dengan 16 mata.

Arah aliran itu muncul sejak beberapa tahun kebelakangan yang mana kecenderungan kedua-dua kelab dilihat berbeza. Barcelona menguasai peringkat domestik manakala Real Madrid unggul di Eropah.

Barca meraih tujuh kemenangan daripada 10 gelaran liga manakala Madrid hanya dua. Real meraih empat daripada lima gelaran Liga Juara-Juara sebelum ini manakala satu bakinya dimenangi Barcelona.

Tatkala kemenangan Madrid ke atas Liverpool satu tamparan hebat, kekalahan Barca di tangan AS Roma sesuatu yang sukar diterima.

Barca menang 4-1 pada aksi pertama sebelum tewas 0-3 kepada pasukan dari Itali itu di laman lawan bukan saja dianggap sebagai cuai tetapi sukar dimaafkan sama sekali.

“Kami perlu menanggung kesakitan ini,” kata jurulatih Ernesto Valverde. “Pasti akan hadir hari yang sukar.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 September 2018 @ 12:43 PM