MOSES umum persaraan daripada skuad Nigeria. FOTO/AGENSI
MOSES umum persaraan daripada skuad Nigeria. FOTO/AGENSI
Agensi

LONDON: Pemain Nigeria, Victor Moses mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa pada usia 27 tahun.

Pemain sayap Chelsea itu membuat 37 penampilan bersama negaranya apabila meledak 12 gol sejak melakukan penampilan pertama pada 2012.

 Dia pernah mewakili  England Bawah 21 tahun ketika beraksi bersama Crystal Palace.

“Saya melalui banyak pengalaman berharga sepanjang menyarung jersi Nigeria yang akan saya ingati selama-lamanya.

“Bagaimanapun, saya rasa sekarang adalah masa terbaik untuk berundur bagi membolehkan saya menumpukan sepenuhnya kepada kelab dan keluarga.

“Selain itu ia juga memberikan peluang kepada generasi seterusnya untuk menyinar. Terima kasih kepada memori anda dan selamat berjaya kepada pasukan pada masa depan,” katanya.

Moses memenangi Piala Negara Afrika bersama Nigeria pada 2013 dan beraksi di Piala Dunia 2014 dan 2018.

Nigeria tersingkir awal pada saingan peringkat kumpulan di Russia selepas menewaskan Iceland tetapi tewas kepada Croatia dan Argentina.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Ogos 2018 @ 11:53 AM