PERTAHANAN Argentina, Marcos Rojo (kanan) meraikan jaringan kemenangan pasukan bersama Lionel Messi pada aksi terakhir Kumpulan D menentang Nigeria di Stadium Saint Petersburg, awal pagi tadi. FOTO AFP
PERTAHANAN Argentina, Marcos Rojo (kanan) meraikan jaringan kemenangan pasukan bersama Lionel Messi pada aksi terakhir Kumpulan D menentang Nigeria di Stadium Saint Petersburg, awal pagi tadi. FOTO AFP
Reuters

ST PETERSBURG: Jaringan lewat Marcos Rojo memberikan Argentina kemenangan 2-1 yang dramatik ke atas Nigeria pada aksi Kumpulan D dan membawa juara dua kali itu ke pusingan kalah mati Piala Dunia.

Lionel Messi meledak gol pertamanya dalam kejohanan itu pada minit ke-14 sebelum Victor Moses menyamakan kedudukan enam minit selepas rehat.

Moses menyempurnakan sepakan penalti selepas Javier Mascherano mengasari Leon Balogun.

Ketika Argentina di ambang penyingkiran, hantaran lintang Gabriel Mercado pada minit ke-86 berjaya disempurnakan Rojo dan jaringan itu disambut dengan penuh pesta.

Argentina akan berdepan Perancis pada pusingan 16 terakhir selepas muncul naib juara kumpulan, sementara Croatia akan menentang pasukan tangga kedua Kumpulan C, Denmark.

Nigeria dan Iceland pula tersingkir daripada saingan selepas masing-masing menamatkan aksi peringkat kumpulan di tangga ketiga dan keempat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Jun 2018 @ 4:38 AM