IHEANACHO (kiri) beraksi ketika menentang Iceland pada Piala Dunia Russia 2018. — FOTO Agensi
IHEANACHO (kiri) beraksi ketika menentang Iceland pada Piala Dunia Russia 2018. — FOTO Agensi
Reuters

NIGERIA mengetepikan penyerang Leicester City, Kelechi Iheanacho daripada skuad muktamad 23 pemain bagi Piala Negara Afrika, yang bermula di Mesir minggu depan.

Iheanacho diketepikan oleh jurulatih Gernot Rohr, yang mengekalkan 15 pemain daripada skuad Piala Dunia di Russia tahun lalu.

Penjaga gol pelapis Ikechukwu Ezenwa dari Katsina United satu-satunya pemain berpangkalan di negara itu dalam skuad terakhir.

Nigeria diundi menentang Guinea, Madagascar dan Burundi dalam Kumpulan B. Mereka turun bagi aksi pertama menentang Burundi di Iskandariah pada 22 Jun ini.

SKUAD Nigeria yang beraksi pada Piala Dunia tahun lalu. — FOTO Agensi
SKUAD Nigeria yang beraksi pada Piala Dunia tahun lalu. — FOTO Agensi

SKUAD NIGERIA

Penjaga gol: Daniel Akpeyi (Kaizer Chiefs), Ikechukwu Ezenwa (Katsina United), Francis Uzoho (Anorthosis Famagusta)

Pertahanan: Olaoluwa Aina (Torino), Chidozie Awaziem(Rizespor), Leon Balogun (Brighton and Hove Albion), Jamilu Collins (Paderborn), William Troost Ekong (Udinese), Kenneth Omeruo (Leganes), Abdullahi Shehu (Bursaspor)

Tengah: Oghenekaro Etebo (Stoke City), John Obi Mikel (Middlesbrough), Ahmed Musa (Al Nassr), Wilfred Ndidi (Leicester City), John Ogu (Hapoel Be’er Sheva)

Penyerang: Samuel Chukwueze (Villarreal), Odion Ighalo (Shanghai Shenhua), Alex Iwobi (Arsenal), Samuel Kalu (Girondins Bordeaux), Paul Onuachu (Midtjylland), Henry Onyekuru (Galatasaray), Victor Osimhen (Charleroi), Moses Simon (Levante).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Jun 2019 @ 6:55 PM