Pemain Nigeria meraikan jaringan kemenangan 1-0 ke atas Guinea pada aksi Piala Negara Afrika. FOTO EPA
Pemain Nigeria meraikan jaringan kemenangan 1-0 ke atas Guinea pada aksi Piala Negara Afrika. FOTO EPA
Reuters

NIGERIA menjadi pasukan pertama layak ke peringkat kalah mati Piala Negara Afrika selepas menewaskan Guniea 1-0 awal pagi ini, dalam perlawanan yang memaksa sehingga lebih satu jam untuk memastikan kemenangan kedua berturut-turut skuad itu.

Gol tunggal perlawanan oleh Kenneth Omeruo selepas minit ke-73, yang menanduk bola tanpa di cabar pemain lawan susulan sepak sudut oleh Moses Simon di Stadium Iskandariah.

Ia kemenangan kedua Nigeria dalam dua aksi saingan Kumpulan B, malah skuad itu turut bergelut mencatat kemenangan berdepan Burundi, 1-0 dalam perlawanan pembukaan selepas jaringan minit ke-77 menewaskan barisan pemain muda lawan.

Enam mata dipungut Nigeria memastikan pasukan itu mara ke peringkat 16 terakhir, ia sekaligus memperbaiki pencapaian awal di kejohanan utama itu.

Guinea di tempat ketiga dalam kedudukan kumpulan dan memungut satu mata selepas perlawanan seri bertemu Madagascar 2-2 pada perlawanan pembukaan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2019 @ 7:53 AM