PEMAIN golf Eropah mempunyai kelebihan beraksi di lapangan  Le Golf National. FOTO/AFP
PEMAIN golf Eropah mempunyai kelebihan beraksi di lapangan Le Golf National. FOTO/AFP
AFP

Saint-Quentin-en-Yvelines, Perancis: Bintang golf Amerika Syarikat (AS) perlu menyesuaikan diri dengan permainan di lapangan Le Golf National dalam misi mempertahankan Piala Ryder menentang Eropah pada September depan.

Semua 12 pemain Eropah sudah pasti biasa dengan lapangan yang direka bentuk khusus untuk permainan strategi sekali gus pemain nombor satu dunia dari Amerika Syarikat, Dustin Johnson yang memiliki pukulan jauh, Bubba Watson dan mungkin Tiger Woods tidak boleh mengambil mudah cabaran kali ini.

Skuad AS berjaya merampas Piala Ryder dua tahun lalu di trek Hazeltine yang serba menghijau tetapi kali ini cabarannya adalah berbeza dalam misi menjulang trofi pertama di Eropah buat kali pertama dalam masa 25 tahun.

Pengarah lapangan, Paul Armitage mengakui kelebihan yang bakal dimiliki pemain Eropah.

“Mereka kenal lapangan itu lebih baik berbanding pemain Amerika dan sudah tentu memberikan kelebihan kepada pemain Eropah,” kata Armitage.

Malahan menurutnya, juara tiga kali kejohanan utama, Jordan Spieth dijangka akan menghadapi masalah.

"Hanya ada satu cara untuk bermain di beberapa lubang dan jika anda tidak tahu caranya, lubang ke-16 akan ‘menggigit’ anda,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Julai 2018 @ 12:36 PM