Skuad Panama mahu kemenangan ke atas Tunisia. FOTO AFP
Skuad Panama mahu kemenangan ke atas Tunisia. FOTO AFP
Reuters

SARANSK, Russia: Panama yang membuat penampilan sulung di Piala Dunia berharap mampu mencipta kemenangan pertama pada aksi terakhir Kumpulan G menentang Tunisia, iaitu negara yang turut sudah tersingkir dari Russia.

Pasukan dari Amerika Tengah itu tewas 0-3 kepada Belgium di Sochi minggu lalu sebelum dibelasah England 1-6 di Stadium Nizhny Novgorod pada perlawanan yang berlangsung, Ahad lalu.

Begitupun pemain pertahanan, Felipe Baloy yang menjaringkan gol sagu hati di separuh masa kedua ketika menentang England berharap Panama sekurang-kurangnya dapat meraih tiga mata menentang pasukan dari Afrika Utara itu.

“Kami sudah meneliti pasukan Tunisia, iaitu lawan yang sukar tetapi kami masih mempunyai peluang untuk mencipta kemenangan bersejarah,” kata Baloy kepada wartawan, hari ini.

Baloy yang kini berusia 37 tahun akan bersara dari pasukan kebangsaan selepas Piala Dunia optimis betapa Panama mempunyai peluang untuk menang.

“Pengalaman di Russia adalah tahap yang tinggi, kami harap Panama akan lebih berkembang. 

“Sebagai pasukan kami mempunyai keserasian bersama kerana kita menghabiskan masa dengan pemain yang masih muda, yang akan kekal.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Jun 2018 @ 7:32 PM