HAREIDE mahu anak buahnya fokus cipta kemenangan. FOTO/AFP
HAREIDE mahu anak buahnya fokus cipta kemenangan. FOTO/AFP
Reuters

SAMARA, Russia: Denmark percaya perlawanan Kumpulan C mereka menentang Australia di Samara malam esok akan ditentukan menang atau kalahnya di dalam minda pemain mereka

Skuad Denmark menang perlawanan pembukaan 1-0 ke atas Peru dalam aksi yang gagal membayangkan kempen kelayakan Piala Dunia yang mengkagumkan.

Jurulatih Age Hareide percaya pasukannya hanya berfikir mengenai kemenangan tiga mata ke atas Peru.

“Saya mahu fokus terhadap bagaimana permainan kami kerana dalam perlawanan pertama kami terlalu fokus kepada keputusan jadi gagal menampilkan aksi terbaik,” kata Hareide.

“Kami terlupa akan perkara itu.”

Jurulatih berusia 64 tahun itu membayangkan pasukannya akan lebih bersedia untuk perlawanan menentang Australia.

Ända perlu mempunyai mental yang kuat. Itulah perkara yang penting,”

Äpabila anda berdepan perlawanan yang sengit, anda perlu berehat dan bersedia untuk perlawanan selanjutnya tetapi paling penting anda perlu mempunyai kekuatan minda. Pasukan dengan minda paling kuat akan menang esok.”

Pandangannya itu turut disokong pemain.

“Aspek mental akan mempengaruhi keputusan,” kata Yussuf Poulsen, yang menjaringkan gol kemenangan ke atas Peru.

Ïtulah hakikatnya. Jika mental anda berada di sana, anda mampu pergi jauh dan ia akan menentukan keputusan.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Jun 2018 @ 12:12 AM