Aksi Rodriguez (tengah) dalam perlawanan La Liga Sepanyol. FOTO File EPA
Aksi Rodriguez (tengah) dalam perlawanan La Liga Sepanyol. FOTO File EPA
Agensi

JAMES Rodriguez terpaksa diketepikan daripada aksi persahabatan Colombia berdepan Peru selepas mengalami kecederaan lutut ketika latihan hari ini.

Pemain tengah Real Madrid berusia 28 tahun, dijangka terlepas pertembungan di Florida selepas mengadu mengalami kesakitan pada lutut kiri menurut satu kenyataan Persekutuan Bola Sepak Colombia (FCF) semalam.

James mengadu ketidakselesaan pada lutut kiri ketika latihan, membuatkan FCF tidak menyenaraikannya untuk aksi bertemu Peru.

“Keadaan pemain itu di nilai oleh pasukan kesihatan dan dia masih menjalani rawatan,” menurut kenyataan itu.

“Buat masa ini dan sebagai langkah berhati-hati, James Rodriguez akan direhatkan untuk perlawanan kami menentang Peru.

“Untuk tempoh beberapa jam, dia akan melalui proses imbasan untuk mengesahkan keadaan kecederaan yang dialami.”

Colombia gagal mencatat kemenangan dalam lima perlawanan terakhir lalu dan akan berdepan Ecuador pada Selasa.

James sudah membuat sembilan penampilan untuk Madrid musim ini dan menjaringkan satu gol.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 November 2019 @ 10:56 PM