PEMANDU Red Bull, Daniel Ricciardo. FOTO Reuters
PEMANDU Red Bull, Daniel Ricciardo. FOTO Reuters
AFP

PASUKAN Formula Satu (F1) Red Bull mengumumkan akan meninggalkan Renault dan bakal menggunakan enjin Honda bermula musim depan selepas mencapai perjanjian selama dua tahun.

Red Bull “mencapai persetujuan dengan Honda Motor Co Ltd untuk menggunakan enjin pengeluar Jepun itu untuk musim 2019 dan 2022,” kata satu kenyataan.

Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner berkata: “Perjanjian dengan Honda ini menandakan permulaan fasa baharu yang menarik dalam usaha Aston Martin Red Bull Racing bukan saja memburu kemenangan Grand Prix tetapi juga juara keseluruhan.

“Selepas melakukan pertimbangan sewajarnya kami yakin perkongsian dengan Honda ini bakal membawa hala tuju yang betul buat pasukan. 

“Kami amat kagum dengan komitmen Honda terhadap F1, termasuk dengan peningkatan yang dibawanya kepada pasukan sokongan kami Toro Rosso sejak kebelakangan ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Jun 2018 @ 9:29 PM