STR12 jentera taruhan Toro Rosso musim baru ini.
STR12 jentera taruhan Toro Rosso musim baru ini.
Reuters

Barcelona: Toro Rosso yang dimiliki Red Bull akan mengadakan kerjasama berkaitan enjin baru dengan Renault dalam usaha meletakkan diri mereka sebagai pesaing kepada pasukan pengeluar kereta Perancis dalam aksi Formula Satu.

Prinsipal pasukan Franz Tost memberitahu media selepas memperkenalkan kereta baru STR12 yang dikuasakan enjin Renault di laluan pit Litar Catalunya dengan sekali lagi meletak sasaran tempat kelima kategori pengeluar.

Renault, yang menduduki tangga kesembilan tahun lalu dengan menggunakan enjin Ferrari sementara Toro Rosso ketujuh meletak sasaran sama sewaktu pelancaran semalam.

“Saya yakin kereta kami akan mempamerkan prestasi baik, kami mempunyai rakan gandingan enjin Renault yang menakjubkan, dua pelumba berpengalaman buat kali pertama dalam sejarah Toro Rosso. Saya yakin kami akan menempuh musim hebat,” kata Tost.

Toro Rosso menyaksikan pemandu Sepanyol Carlos Sainz memulakan musim ketiganya bersama pasukan manakala pelumba Russia Daniil Kvyat, selepas disingkirkan daripada pasukan Red Bull Racing tahun lalu, kini pada tahun keempatnya.

Kereta yang dicat metalik perak dan biru itu mengetengahkan wajah baru pasukan berbanding merah, biru gelap dan emas sebelum ini untuk rombakan pertama pasukan itu dalam tempoh 12 tahun.

“Jika kereta itu sepantas seperti yang dilihat, saya lebih daripada gembira,” ujar Tost.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Februari 2017 @ 7:38 AM