VAN Marwijk (kanan) senaraikan Cahill dalam skuadnya ke Piala Dunia. FOTO/AFP
VAN Marwijk (kanan) senaraikan Cahill dalam skuadnya ke Piala Dunia. FOTO/AFP
AFP

SYDNEY: Pemain veteran, Tim Cahill disenaraikan dalam skuad awal Australia oleh jurulatih, Bert van Marwijk sekali gus bakal penampilan keempatnya di Piala Dunia.

Pemain berusia 38 tahun itu adalah penyerang paling prolifik Australia dengan 50 gol di peringkat antarabangsa dan berjaya menembusi gawang lawan pada tiga Piala Dunia sebelum ini.

Tetapi, dia kini bukan pemain utama di Millwall sejak kembali ke selatan London pada Januari lalu dan kini digantung tiga perlawanan.

Bagaimanapun, Van Marwijk yang dilantik pada Januari lalu mengambil alih tugas Ange Postecoglou menghargai pengalaman luas dan karismanya. Dia menyifatkan Cahill sebagai kes istimewa.

“Saya berbual panjang dengan Tim dan dia termasuk kes istimewa dalam segalanya. Dia berusia 38 tahun dan mungkin salah seorang pemain terbaik Australia tetapi dia kurang beraksi apatah lagi kini digantung tiga perlawanan.

“Saya perlu membuat keputusan sama ada untuk membawanya ke Russia atau tidak. Dia bukan 19 tahun tetapi dia mampu mencipta perbezaan dan tidak akan tertekan beraksi di hadapan 80,000 penonton.

Jurulatih dari Belanda itu menyenaraikan 32 pemain yang akan dikurangkan menjadi 23 sebelum 3 Jun ini dengan penyerang remaja sensasi, Daniel Arzani terpilih untuk kali pertama. Arzani juga boleh mewakili Iran tetapi tekad mewakili Australia dalam kejohanan antarabangsa.

“Saya bukan orang yang suka kepada perubahan setiap masa dan kami mengambil masa mengenai kesebelasan ini,” said Van Marwijk.

“Saya mempunyai banyak pengalaman dengan 26 pemain ini dalam masa 10 hari. Jadi tidak ada sebab saya tidak boleh memilih mereka semula,” kata Van Marwijk.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mei 2018 @ 1:04 AM