THIEM (kiri) dan Dimitrov  tersingkir di suku akhir.
THIEM (kiri) dan Dimitrov tersingkir di suku akhir.
AFP

BARCELONA: Peluang Rafael Nadal merekodkan gelaran ke-11 kejohanan tenis Terbuka Barcelona semakin cerah selepas dua pencabar utamanya, Grigor Dimitrov dan Dominic Thiem masing-masing tersingkir di suku akhir, hari ini.

Pilihan kedua, Dimitrov ditunjukkan jalan keluar oleh pilihan kelima dari Sepanyol, Pablo Carreno-Busta apabila tewas 6-3, 7-6 (7/4).

Thiem pula yang turun sebagai pilihan ketiga dikejutkan dengan kekalahan di tangan pemain berusia 19 tahun, Stefanos Tsitsipas 6-3, 6-2 dalam tempoh 80 minit.

Ia adalah kemenangan kedua Tsitsipas ke atas pemain dalam kelompok 10 terbaik dunia selepas menewaskan pemain Belgium, David Goffin di Antwerp, Oktober tahun lalu.

Dia akan bertemu Carreno-Busta bagi perebutan tempat ke final, esok.

Sementara itu, Nadal pula akan menentang pemain kelayakan dari Slovakia, Martin Klizan bagi merebut tempat ke separuh akhir, awal pagi ini.

Klizan yang menghuni ranking ke-140 dunia mengejutkan Novak Djokovic di pusingan kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 April 2018 @ 4:08 AM