Reaksi Rafael Nadal ketika berdepan Dominic Thiem pada aksi ATP Finals di O2 Arena, London. FOTO AFP
Reaksi Rafael Nadal ketika berdepan Dominic Thiem pada aksi ATP Finals di O2 Arena, London. FOTO AFP
AFP

London: Rafael Nadal menegaskan dia masih berpeluang memburu kejuaraan ATP Finals buat pertama kali di sebalik kekalahan 7-6 (9/7), 7-6 (7/4) ke atas pemain Austria, Dominic Thiem, awal pagi ini.

Thiem mengatasi Nadal di O2 Arena untuk menyukarkan usaha bintang Sepanyol itu memburu satu daripada kejuaraan utama yang tertinggal daripada koleksi trofi peribadi pemain itu.

Thiem menjadi pemain pertama layak ke peringkat separuh akhir beberapa jam selepas juara bertahan, Stefanos Tsitsipas menewaskan pemain pilihan ketujuh dari Rusia, Andrey Rublev 6-1, 4-6, 7-6 (8/6).

Tsitsipas memperoleh mata daripada set penentuan sebelum pemain pilihan keenam dari Greece itu mencatat kemenangan pertamanya minggu ini.

Nadal menewaskan Rublev straight set pada perlawanan pertamanya tetapi pemain berusia 34 tahun itu gagal menandingi kemampuan Thiem dalam pertarungan berkualiti tinggi itu.

Kini Nadal yang tewas pada 2010 dan 2013 final kejohanan itu, perlu menewaskan Tsitsipas dalam perlawanan terakhir kumpulan untuk menghidupkan peluang mara ke separuh akhir kejohanan berprestij itu.

"Saya fikir dia beraksi dengan hebat, dan saya beraksi agak baik juga. Jadi perasaan saya tidak begitu kecewa.

"Saya tewas, tetapi saya mempunyai banyak peluang pada awalnya dan kemudian saya gagal di set kedua," kata Nadal.

"Saya gembira dengan corak permainan saya. Saya fikir peluang saya lebih cerah untuk memperoleh keputusan yang sangat bagus berbanding lima hari lalu kerana tahap permainan tenis itu sendiri.

"Sekali pun tewas hari ini, pada saya ia mempunyai makna yang cukup tinggi."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 November 2020 @ 9:12 AM