NADAL akan berdepan Carreno Busta di separuh akhir Terbuka Barcelona. FOTO AFP
NADAL akan berdepan Carreno Busta di separuh akhir Terbuka Barcelona. FOTO AFP
AFP

Barcelona: Rafael Nadal semakin hampir untuk meraih kejuaraan Terbuka Barcelona buat kali ke-12 selepas menang 6-1, 6-4 ke atas Cameron Norrie di suku akhir, manakala Stefanos Tsitsipas akan berdepan Jannik Sinner di separuh akhir.

Nadal yang meraih trofi pertama di Barcelona ketika usia 18 tahun pada 2005, akan berdepan Pablo Carreno Busta di separuh akhir.

Pilihan utama kejohanan itu dua kali mematahkan servis Norrie di kedua-dua set untuk meraih kemenangan kali kedua tahun ini ke atas pemain Britain itu selepas menang dengan straight set di Terbuka Australia.

"Saya bermain dengan baik sejak dari awal dan selepas itu saya memperlahankan rentak pada set kedua.

"Saya harus menjaga tahap intensiti sepanjang perlawanan terutama ketika ia memasuki peringkat separuh akhir," kata Nadal.

Pemain kelahiran Sepanyol itu sekarang ini sudah mencatat 18 kemenangan ke atas pemain tangan kiri sejak kalah kepada Denis Shapovalov di Montreal empat tahun lalu.

Dia juga menjadi pemain pemain pertama di era 'Open' memenangi 450 perlawanan di dua permukaan berbeza.

Carreno Busta bangkit dari ketinggalan 2-5 pada set terakhir menentang Diego Schwartzman sebelum menang ke atas pemain Argentina itu 6-4, 3-6, 7-5.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 April 2021 @ 12:07 PM