NEYMAR
NEYMAR
Reuters

SAO PAULO: Penyerang Brazil, Neymar mensasarkan tarikh 17 Mei untuk kembali menjalani latihan dan berikrar berusaha lebih gigih dari biasa sebagai persediaan ke Piala Dunia tahun ini di Russia.

Bintang Paris St Germain (PSG) itu yang muncul pemain termahal dalam arena bola sepak apabila menyertai Barcelona pada Ogos, menjalani pembedahan pada kaki selepas cedera ketika perlawanan liga Perancis menentang Olympique de Marseille 25 Februari lalu.

Pemain itu yang menjalani rawatan di sini dan berkata dia dijangka boleh menjalani latihan dalam sebulan lagi sebelum juara lima kali itu bermain dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Switzerland pada 17 Jun.

“Saya menjalani pemeriksaan terakhir, jika tidak silap pada 17 Mei dan saya boleh bermain semula,” katanya dalam sidang media di sini.

“Saya menjalani pemeriksaan pada minggu lalu, semuanya bagus. Jadi saya berharap ia berterusan, jadi saya boleh kembali secepat mungkin.

“Saya menjalani rawatan setiap hari dan daripada saat saya mula berlatih, saya akan bekerja keras berbanding sebelum ini kerana ini adalah impian saya, ia adalah Piala Dunia.

“Saya menunggu empat tahun untuk mendapat peluang ini. Ia semakin hampir dan saya berharap dapat ke sana dalam keadaan terbaik,”.

Neymar bermain untuk Brazil pada Piala Dunia 2-14 tetapi terlepas perlawanan separuh akhir yang menyaksikan Brazil tewas 7-1 kepada Jerman berikutan kecederaan.

Brazil bergelut dua tahun selepas Piala Dunia tetapi kembali melonjak dan layak ke Russia bagi diletakkan sebagai antara pasukan pilihan disamping Jerman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 April 2018 @ 10:47 AM