NEYMAR  menjalani pembedahan di kaki kanan. FOTO/AFP
NEYMAR menjalani pembedahan di kaki kanan. FOTO/AFP
AFP

BORDEAUX: Bintang Paris Saint-Germain, Neymar yang kini berehat di Brazil selepas menjalani pembedahan di kaki kanannya akan kembali beraksi selepas dua atau tiga minggu lagi, menurut jurulatih, Unai Emery.

“Saya bercakap dengannya minggu ini. Dia sihat dan tenang dan tidak mahu ketinggalan mengikuti final Piala Liga Perancis menentang Monaco,” kata Emery.

Neymar yang menjadi harapan Brazil di Piala Dunia Russia bermula 14 Jun depan mengalami kecederaan pada 25 Februari lalu ketika menentang Marseille dan kembali ke Brazil untuk menjalani rawatan.

Dia terlepas aksi peringkat kedua ketika PSG tewas kepada Real pada 6 mac lalu dan tersingkir daripada Liga Juara-Juara.

Doktor pasukan Brazil, Rodrigo Lasmar yang melakukan pembedahan pada 3 Mac lalu, menganggarkan Neymar terpaksa berehat dua atau tiga bulan sekaligus bakal menamatkan karier lebih awal musim ini bersama PSG.

Bagaimanapun, selepas mengalami kecederaan pada Piala Dunia lalu dan tidak beraksi ketika Brazil diaibkan Jerman 7-1 dalam aksi separuh akhir, Neymar sudah pasti mahu kembali cergas sepenuhnya untuk kejohanan kali ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Mac 2018 @ 12:40 PM