Pep (kanan, bawah) waspada serangan tiga serangkai Liverpool yang mampu merobek benteng City. FOTO AFP/Reuters
Pep (kanan, bawah) waspada serangan tiga serangkai Liverpool yang mampu merobek benteng City. FOTO AFP/Reuters
BBC

PENGURUS Manchester City mengakui gandingan tiga serangkai bahagian serangan Liverpool "hampir sukar disekat".

Dua skuad Liga Perdana Inggeris (EPL) itu akan bertemu pada perlawanan suku akhir pertama Liga Juara Juara (UCL) di Anfield, awal pagi Khamis ini.

Liverpool adalah satu satunya kelab EPL menghampiri keberkesanan penyudah serangan City di depan pintu gol.

Mohamed Salah sudah meledak 37 gol musim ini tetapi Roberto Firmino dan Sadio Mane turut menyumbang menjadikan 38 gol antara trio terbabit.

"Ia bukan Salah sahaja," kata Guardiola. "Mane dan Firmino, semua, mereka bertiga hampir sukar disekat. Mereka fantastik."

Liverpool juga pasukan tunggal menewaskan City yang juga pendahulu EPL musim ini hasil kejayaan 4-3 di Anfield pada 14 Januari lalu.

Firmino, Mane dan Salah menjaringkan tiga gol dalam tempoh sembilan minit untuk memberikan Reds pendahuluan 4-1.

Guardiola yakin pemain skuad City mesti menangani suasana perlawanan dengan lebih baik pada pertembungan timbal balik pertama UCL.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 April 2018 @ 4:37 PM